Bayang- bayang Hati !

My Precious

07 June 2011

Program Diet 50 Hari

Salam.. kali ni memang betul2 buat keja gila.. sebab aper aQueen kata giler.. sebab sebelum ni takde la 'tersentuh hati' sangat kalau sebut bab ni.. amik mudah jer.. ..td masa tengah buat blogwalking aQueen pegi dekat blog KAK ZEL ni.. dia tengah anjurkan 1 program...bukan sempena cuti sekolah jer ader program tau.. kali ni program sempena nak KURUS.. heheh..arini terasa 'aura' tu mari.. sebab tgk semangat ramai lagik yang nak join program ni nama  program seperti yang tertera di atas.. ok..sapa nak join leh KLIK SINI.. syarat2 dia ader aQueen letak kat bawah..




PROGRAM DIET 50 HARI

 

 

1- Mula 13 Jun - 1 Ogos (50 hari)
2- Berat atas 50kg
3- Diet isnin - sabtu (no fast food, no oil, no sugar)
4- Makanan tidak boleh lebih 1200 cal sehari
5- Pemenang berdasarkan LWP tertinggi
(berat turun/berat asal x 100)

6- Pemenang akan mengaut semua duit yuran RM20.00
(peserta wajib bayar seblm program bermula)

7- Wajib anta gambar timbangan pada setiap Isnin
8- Wajib ada blog atau FB
9- Sila join FB Group PROGRAM DIET 50 HARI
10- Anda tersingkir jika BERAT NAIK 3 KALI

lagi syarat2 sila baca disini


http://loseweight-chaiyok.blogspot.com/2011/05/program-diet_31.html

nak join, sila emel diet_lwc@yahoo.com


SYARAT-SYARAT PROGRAM

1- Program akan bermula pada 13/6/2011 dan tamat pada 1/8/2011. Lebih kurang 50 hari.

2- Yuran penyertaan = RM20.00 seorang. Duit yuran ini akan diberi kepada pemenang utama iaitu seorang pemenang sahaja. Perlu bayar sebelum 10/6/2011 untuk mengesahkan tempat. Tiada pengembalian atas apa sebab sekalipun.

3- Peserta perlu mempunyai berat melebihi 50kg.

4- Kemenangan berdasarkan LWP (Lose Weight Percentage) tertinggi.

5- Wajib ada BLOG. Perlu update makanan yang dimakan. Menu-menu yang best untuk dikongsi, gambar timbangan berat mingguan. At least seminggu 2-3 kali pun cukup.

6- Perlu hantar gambar (full) + gambar timbangan kepada penganjur mulai 2/6/11 hingga 11/6/11 (xde timbang @ xde camera = sila jangan masuk)

7- Timbangan mingguan adalah pada pagi Isnin dan perlu diberitahu kepada penganjur sebelum 5.00 petang. 3 kali gagal update = anda tersingkir.

8- Boleh makan produk diet lain.

9- Hari AHAD = free day. Boleh pi makan kenduri, boleh minum air sirap, boleh pepah tulang ayam KFC. Tapi AWAS!! Isnin adalah hari timbang. Bayangkan susah payah diet 6 hari dan dimusnahkan hanya dalam 1 hari :)

10- Boleh tarik diri atas alasan munasabah. Cthnya kalau production susu ibu saya menurun dengan teruknya, maka saya akan tarik diri kerana anak saya lebih penting dari segala-galanya :)



ANDA AKAN TERSINGKIR JIKA

1- Berat naik 3 kali
2- Tidak update berat sebanyak 3 kali
3- Anda mengandung @ sakit parah
4- Anda tak snap gambar & tak update lansung blog tentang program ini.
5- Anda buat liposuction



DIET PLANNING

1- Sila kira kalori makanan anda. Jangan melebihi 1200 cal sehari
(rujuk di http://www.myfitnesspal.com)
cth -
sarapan = cornflakes 1 cup + susu low fat = 250cal
lunch = nasi + ikan goreng + sawi rebus = 360cal
snack = karipap 2 ketul = 260cal
dinner = sup sayur + 2 potong tembikai = 240cal
TOTAL = 1110 cal

2- Nasi hanya boleh diambil 1 kali sahaja 1 hari = 1 cawan (200cal)

3- Kurangkan minyak, garam, gula, msg. Kalau masak sendiri kat rumah, sila tinggalkan bahan-bahan tersebut.

4- Minum air masak 2 liter 1 hari

5- Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran

Sikit je diet planning kali ni..
Ni kira pandai-pandai sndr la bab-bab lain..
Boleh google.. surf apa yang patut..
Kita sumer bukannya baru pun dlm arena diet-diet ni..
Sumer dah kira otai..


TARGET UTAMA = TURUNKAN BERAT

Hadiah = Belum pasti bape RM.. tgk pada bilangan peserta.

ANDA BERMINAT?!!!

Sila emel penganjur di diet_lwc@yahoo.com

Masukkan butiran-butiran berikut

1- Nama Penuh
2- Umur
3- No. telefon
4- Berat sekarang
5- Berat idaman

Nanti emel anda akan dibalas dengan no. account :))

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN = 10 JUN 2011


so..harap..berkat program dari Tanjung Malim LONDON Weight Management  ni.. aQueen bleh la turun Kg walaupun tak menang.. kalau menang kang kita belasah duit tu pegik makan yang berkhasiat kalori tinggi hendaknya.. :PP.. chaiyok..chaiyok..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...