Bayang- bayang Hati !

My Precious

15 June 2011

[PD50H] Pil ini telah DIHARAMKAN !

Info untuk yang belum tahu..
pada yang dah tahu diucapkan tahniah.. kerana telah 'graduate'
untuk orang macam aQueen yang ceteknya ilmu pengetahuan..
jarang update pasal ubat-ubatan..
tambah2 pasal ubat2 kurus ni..
malas nak amik tau.. sebab terlalu banyak product yang telah muncul dimuka bumi Allah ni..
brand aper nak? cakap jer.. sumer ader..
siap duit jer nak beli sumer tu..

berbalik kepada cerita pasal ubat yang telah diharamkan ni..
sebelum ini aQueen dapat info yang ubat Duromine ni memang boleh sekat 'nafsu luar biasa'..
pada yang terlalu 'ghairah' kalau tengok... aiskrim.. coklat.. makanan2 berminyak..
'fastfood.. dan lain2 makanan ..
memang ini antara ubat yang disarankan la ... TAPI itu DULU ye..!!
Skang ni ubat ni dah diharamkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ( info dari Farmasi)

Antara sintom2 yang mungkin berlaku kepada 'pemakan' ubat ini

* jantung berdebar laju
( berdebar ini bukan sebab ko jatuh cinta dengan Seth Tan @ boipren ye adik2.. ni berdebar lain...berdebar mcm nak mamps..)

* kegagalan fungsi buah pinggang..

* susah nak tido..

* terasa aktif sepanjang hari
( yg ni rasanya takde la kritikal sangat kan..) ok la.. kalau aktif..
tp agak2 la kan.. takkan la punya aktif sampai ko nak 'lari berganti-ganti' dengan 'lompat badak' kt dalam umah..
( aku sebut lompat kijang kang korang tak pecaya..sebab badan aku takde serupa kijang pun..)

ok ni rupa ubat tu..




AQueen dah terbabas amik 2 biji.. so... ingat memang nak stop la.. ishh.. kalau tak dulu..takde la beli... rm2.80 sebiji.. murah jer.. tp masalahnya tak selamat!!


*NOTA; kepada sesiapa yang ader info lain berkenaan pil sekat selera makan ni... boleh la kongsi info.. mana tau kot2 ada yang selamat untuk dimakan.. :((

12 comments:

faz said...

aik, siap amik pil,jgnn

notti netti said...

uish tak tau pulak..aloh jgn amik pil..tak elok...

aQueen said...

faz: huhu..actually aQueen dpt ni dr doctor jugak.. tu yg confident tu.. mmh tak sangka la.. tp...nasib baik sempat 2 bijik je.. huhi

aQueen said...

notti netti:.. mmg info mengatakan pil ni bahaya..tp tetap heran.. sebab doctor yg prescribe....takkan dia tak tau yg ubat tu dh diharamkan..ish.bahayakan.. ??huh..

myaishahhafiz said...

dulu saya pernah mkn pil nie, memang mlm tak bleh tidoq, pastu bila kaji balik memang sb ubat nie la, sb bila saya stop, baru lah bleh tidoq mcm biasa.

noor said...

IBU, DUROMINE TAK SELAMAT. AMIK LA XENICAL ATAU ALLI DIET PILL (ENDORSED BY UK HEALTH).

noor said...

TAPI XENICAL AND ALLI PILLS MAHAL SKET LA. MOMMY ADA AMIK GAK LA... EKEKKEKEKE..... IN A WEEK, MOMMY TURUN 10KG.

aQueen said...

myaishahhafiz: agaknya tgk org jugak kot.. coz aQueen takde simtom tu sumer..tp still takut!! huhu..dh stop ni!! takmo..!!

aQueen said...

mommy:..before this ..ibu penah amik Xenical..mmg ok.. tp 2-3 hari lps.. doc tu yg ckp Xenical tak effective coz dia hanya buang lemak 30% dr apa yg kita makan.. so dia prescribe ubat ni.. tu yg ibu amik.. now Xenical rm2.80/ biji.. sama gak dgn price Duromine ni.. tp kalau dh tk selamat baik amik yg Xenical tu kan..

noor said...

baik amik xenical ja

aQueen said...

a'ah.. bagus xenical jer..

mimie1678 said...

saya pernah amik... and yes... turun byk... tapi... sgtla tak sihat... tokleh tidoooorrr... sgt teruk... migrain... tp bila dah tak makan... hamik ko makan... tak hengat! hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...