Bayang- bayang Hati !

My Precious

31 December 2009

2009 YANG INDAH ~~ Selamat Datang Bahagia 2010 !!

INDAH.!!!!...ungkapan yang sangat tepat utk aku reflexkan kpd tahun 2009... hehhe...naper INDAH? aku ader a few reason sebab aku letakkan INDAH sebagai Ungkapan KERAMAT dalam kehidupan aku sepanjang tahun 2009 ni...so bersempena dgn 'pemergian tahun 2009 ni dan  kedatangan 2010 ni  aku list downkan...antara reason yang termasuk di dalam senarai panjang dah aku pendekkan ni adalah...senarai ni bukan mengikut priority or 100% ye...secara umum nyer la..

2009 amat I.N.D.A.H bg aku kerana..

1. aku berjaya 'MEMENGANDUNGKAN' diri aku setelah hampir 7 tahun berehat panjang...hahahahah (indah ke tu??) dan melahirkan seorang PUTERA  PERTAMA yang dinanti2 kan oleh seluruh seisi keluarga  pd 20/5/2009 pd pukul 2.42pagi berat 2.5kgs yang diberi nama AYRELL RYAN REEZQY!

2. berjaya MENEMPAH BAJU MELAYU & SONGKOK  ketika umur RYAN baru 40 hari untuk PUTERA yg dilahirkan SIHAT & COMEL!! (actually aku jer nmpk comel walaupun dia takde la comel mana pun...)

3. dapat surprise HONEYMOON dr MR. Darling di CAMERON HIGHLAND  (lama sangat tak kluar berdua...rasa mcm best la pulak...)

4. dapat ANAK SEDARA yang PERTAMA iaitu baby GIRL...yang diberi nama ANYSS AYRISHA DAYANY...baru terasa panggilan 'IBU ANGAH ' tu bermakna....

5. membeli MY NEW BABY  ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~   DSLR NIKON D90   & henpon N97!!

6. aku berjaya MEMATANGKAN DIRI aku dan BERJAYA menempuh DUGAAN yg MAHA HEBAT ...dengan JAYANYA !!!! (aku jer tau aper dugaan tu......mmg tersangat MEGA DUGAAN tu....)

7.  beraya dengan 2 AHLI BARU   si ABANG BABY & ADIK BABY....!!!

8. melalui saat2 indah semasa bershopping BARANG2 SEKOLAH untuk MY 2 PRINCESS yang akan masuk darjah 1 pd tahun 2010 ni....(mcm tak caya diaorang dh besar....)

9. BERJAYA menghadiahkan NOTEBOOK kpd ayah utk birthday present dia...dan berjaya MENCERIAKAN IBU atas sedikit 'SAGUHATI' cukup untuk buat IBU TERSENYUM..

10. dan akhir sekali...INDAH sebab AKU BERJAYA MEMPERTAHANKAN KEBAHAGIAAN KELUARGA AKU bersama IBU, AYAH n ADIK serta ADIK IPAR aku dan MEMPERTAHANKAN KERUKUNAN RUMAHTANGGA yg AKU BINA bersama SUAMI TERSAYANG & TERCINTA....dihiasi dengan ANAK2 yang COMEL serta CERDIK!


UNGKAPAN TERAKHIR UNTUK TAHUN 2009

Kalau ditakdirkan yg baik itu datang..alhamdulillah..
Kalau ditentukan yg buruk itu diundang...nauzubillah....
Moga tahun baru lebih bermakna dr tahun sebelumnya...
& lebih Membahagiakan untuk selama-lamanya...
Amin ya rabbul'alamin

SELAMAT DATANG BAHAGIA 2010 !!!

Ryan masuk contest lg...Notti face Giveway

Ryan masuk 1 lg contest... iaitu

http://adwindaa.blogspot.com/2009/12/notti-face-giveaway-sticky-mode.html

NOTTI-FACE GIVEAWAY..... (sticky mode)

best nyer..ramai sgt mummy2 yg anjurkan contest& giveway ni...yg latest skali ni yg atas ni la... giveway ni dianjurkan oleh ..mummy2 y berminat nak joint leh pegi kt link bawah ni ye....


http://adwindaa.blogspot.com/2009/12/notti-face-giveaway-sticky-mode.html





NAMA BABY:  AYRELL RYAN REEZQY B. EZANI
NAMA IBU:  AMELIA BT MOHD SHAFER
NAMA AYAH: EZANI B. HARON
TARIKH LAHIR: 20/5/09
UMUR SEKARANG: 7 BULAN

GAMBAR NI IBU AMIK LAST WEEK MASA BALIK DARI KENDURI KAWIN SEDARA DEKAT KULIM KEDAH...IBU SHOOT GAMBAR NI MASA DALAM KERETA SAMBIL MENUNGGU TOK AYAH & TOK IBU RYAN YG SEDANG BERAMAH MESRA DENGAN SAUDARA MARA YANG DATANG KENDURI TU...HEHEH...MAKLUMLAH..BILA MASA KENDURI BARU SEMUA BOLEH BERKUMPUL..HARAP2 MUKA NOTTY RYAN NI MENJADI PIIHAN JURI TETAP MAHUPUN JURI JEMPUTAN YE...

Cutest Baby of the Planet 2009: Nominate Your Baby!




 Nama:  Ayrell Ryan Reezqy b. Ezani
Umur: 7 bulan
Tarikh lahir : 20/5/2009



Contest terakhir yang Ryan nak masuk adalah 
'Cutest Baby of the Planet 2009: Nominate Your Baby!'

dianjurkan oleh  http://mombloggersplanet.com
sesapa nak joint leh klik link contest ni  http://www.mombloggersplanet.com/2532/cutest-baby-of-the-planet-2009-nominate-your-baby/
 


mmg bagus sgt sebab contest ni bagi peluang kepada sesapa (baby) nk menunjukkan ke'cute' tan masing2... Ryan pun rasa nak cuba masuk jugak yang ini....kalah dan menang tu tak kisah la..ni semuanya untuk keseronokkan Mummy2 kawan2 Ryan diluar sana..terima kasih ye kpd penganjur sebab anjurkan contest ni..


Contest SERIUS BABY 2009 GIVEAWAY

Td Ryan masuk contest cute smile...ni masuk contest   

SERIUS BABY 2009 GIVEAWAY  dianjurkan oleh


http://rifqizuhairi.blogspot.com

 ni pun Ryan sajer2 cuba..tak tau ader rezki ke tak..sebab Ryan dh cuba letakkan banner aunty yg cntik ni...tak boleh masuk pulak....aper pun Ryan dh jadi FOLLOWER & DAH LINKKAN BLOG aunty ye...


Nama: AYRELL RYAN REEZQY B. EZANI

Umo: 7 bulan

Tarikh lahir: 20/5/09


Ryan nak masuk Contest "Cutest with nice smile baby contest "

Salam...kawan2 Ryan nak masuk Contest "Cutest with nice smile baby contest " yang dianjurkan oleh

&ita Maternity Online Store 

 hehe..harap ader la rezeki Ayrell Ryan Reezqy ni... ni contest yang pertama yang Ryan masuk...kengkawan yg masih sempat tu ajak mummy2 hantar gambar yg comel 2 ye..di 

http://www.danitamaternity.com


29 December 2009

Akad & Resepsi Shaufiq & Fiza


Macam biasa..tag untuk alan la apalagi..kali ni ni Tg. Piandang Perak...mmg enjoy & 'celengjing' ..hahha...maklum la umah dekat dengan sawah bendang n tali air..+ jalan yg sangt sempit ...nak selisih keta pun tak leh huhuh..apapu mmmg enjoy coz family n pengantin yg sesangat sporting nyer...to Shaufiq & Fiza...selamat pengantin baru..

25 December 2009

Panduan Untuk Semua- Pastikan Anak Kita Selamat!

Panduan-panduan Keselamatan di Rumah


Keselamatan di rumah merupakan satu isu yang sering diabaikan. Menjadikan rumah anda sebagai sebuah rumah yang selamat untuk kanak-kanak adalah satu proses yang rumit dan terperinci. Proses ini bermula daripada kesedaran serta kemahuan ibu bapa untuk menjadikan rumah sebagai sebuah tempat perlindungan yang selamat.

Sebahagian besar kecederaan yang berlaku berpunca daripada kemalangan yang berlaku di rumah. Kemalangan-kemalangan ini sebenarnya boleh dicegah. Kemalangan-kemalangan pada kebiasaanya berlaku pada waktu lewat petang atau pada waktu malam apabila kanak-kanak keletihan dan mengantuk. Jenis kemalangan yang sering berlaku ialah:

·         Terjatuh

·         Terkena api

·         Terambil racun

·         Sesak nafas atau tercekik

·         Lemas



Berikut adalah senarai perkara-perkara yang anda boleh lakukan untuk menjadikan rumah anda serta persekitarannya selamat untuk kanak-kanak. Walau bagaimanapun anda harus ingat bahawa walau apa pun yang anda lakukan untuk menjadikan persekitaran kanak-kanak anda selamat, perkara yang terbaik untuk diamalkan ialah untuk mendidik anak anda untuk menjaga keselamatan diri sendiri. Pelan anda untuk menjadikan rumah anda selamat boleh dijadikan proses pengajaran yang mengambil kira penglibatan anak-anak anda ini adalah kerana ia dapat diperbaiki dari masa ke semasa melalui bantuan dan pandangan anak-anak anda.





Perkara-perkara yang anda boleh lakukan untuk menjadikan rumah anda lebih selamat, ialah:



Jangan sekali-kali membiarkan bayi anda di rumah bersendirian, di atas katil atau meja, atau di dalam tandas tanpa diiringi oleh orang dewasa



Jangan tinggalkan beg plastik atau belon di kawasan yang boleh dicapai oleh bayi. Kanak-kanak boleh mengalami kesesakan nafas apabila bermain dengan benda-benda ini



Jangan tinggalkan objek-objek kecil terbiar di merata tempat. Bayi dan kanak-kanak kecil boleh tercekik apabila meletakkan objek-objek kecil dalam mulut atau boleh mencederakan diri dengan meletakkannya ke dalam hidung



Pastikan pengasuh anak anda, ialah seorang yang mempunyai   pengalaman menjaga kanak-kanak



Pastikan tingkap rumah anda dilengkapi dengan besi bersilang dan anjung rumah tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak



“Baby walkers” merupakan alat permainan yang merbahaya dan tidak membantu anak anda belajar berjalan lebih awal.



Pastikan buaian yang boleh dilambung, dipasang dengan betul dan mempunyai dasar yang lebar berbanding rangkanya. Letakkan sebuah tilam atau bantal seluas dua kali ganda kawasan dasar buaian apabila buaian digunakan.



Jangan biarkan benda-benda yang tajam di merata tempat dan di tempat yang boleh dicapai oleh kanak-kanak



Jangan amalkan tabiat merokok di dalam rumah. Hampir semua kebakaran bermula dengan penghisap rokok yang cuai yang tidak memadam api puntung rokok sepenuhnya.



Rangkakan satu pelan keselamatan untuk kebakaran.



Beli sebuah alat pemadam api untuk disimpan di dalam rumah.



Elakkan daripada memegang air panas atau benda-benda panas apabila adanya kehadiran kanak-kanak berdekatan dengan anda.



Gunakan minyak tanah yang diiktiraf oleh SIRIM. Use kerosene that has been SIRIM certified.



Jangan tinggalkan anak anda bersendirian dekat dengan air.



Untuk mandi dengan air panas, penuhkan bekas mandi dengan air sejuk terlebih dahulu, kemudian barulah tuangkan air panas dan bukan sebaliknya.



Pagarkan kawasan disekeliling kolam mandi anda.



Gunakan kerusi kanak-kanak yang sesuai dengan umur anak anda apabila mengadakan perjalanan melalui kereta, TERUTAMANYA UNTUK JARAK PERJALANAN YANG PENDEK. Kebanyakan kes kemalangan berlaku dalam perjalanan yang pendek.



Jangan mendukung anak anda semasa menumpang kereta, dengan anggapan bahawa dengan cara ini anak anda berada dalam keadaan yang selamat. Sewaktu kemalangan, anak anda boleh terpelanting dari dukungan anda, atau badan anda boleh mengenakan impak ke atas anak anda.



Kanak-kanak di bawah umur 12 bulan tidak boleh menumpang di kerusi belakang basikal. Kerusi-kerusi ini adalah untuk kanak-kanak yang lebih tua. Bila membawa kanak-kanak yang lebih tua, pastikan mereka memakai topi keselamatan basikal mereka.



Pagarkan tangga di rumah anda jika anak-anak anda baru mula belajar merangkak atau berjalan.



Jauhkan anak anda daripada mesin memotong rumput apabila rumput halaman rumah anda sedang dipotong



Simpan ubat/bahan-bahan mudah terbakar/sabun/racun rumah seperti pembasmi kuman atau penyembur serangga ditempat yang jauh dari capaian kanak-kanak. Labelkan benda-benda yang berbahaya sebagai tanda amaran kepada kanak-kanak.



Periksa rumah anda untuk cat yang mempunyai kandungan plumbum. Sisa-sisa dari cat ini boleh mengakibatkan keracunan yang serius jika ditelan. Tukarkan cat anda kepada jenis yang bebas daripada bahan plumbum.



Pastikan tumbuh-tumbuhan yang anda miliki tidak beracun.



Belajar kaedah pertolongan cemas untuk kanak-kanak. Beri didikan kepada anak-anak anda tentang kaedah-kaedah pertolongan cemas.



Didiklah anak-anak anda cara untuk berenang.



Jangan biarkan alat-alat elektrik di dalam tandas.



Jangan biarkan alat elektrik yang rosak di rumah, kerana anak anda mungkin akan cuba  menggunakannya.



Tutup punca-punca elektrik di rumah anda dengan penutup yang khas.



Jangan biarkan anak anda bersendirian dalam kereta.



Pastikan semua alat permainan anak anda memiliki ciri-ciri keselamatan.



Labelkan semua bahan-bahan beracun yang disimpan dalam rumah dengan pelekat-pelekat yang boleh dikenalpasti oleh kanak-kanak sebagai bahan yang berbahaya dan tidak boleh disentuh.



Jangan biarkan anak-anak bermain mercun atau cuba untuk membuat mercun secara bersendirian.



Pastikan anak anda memakai pakaian yang sesuai apabila bermain.



Pastikan taman permainan yang digunakan oleh anak anda adalah selamat untuk kanak-kanak.



Jangan sekali-kali membawa kanak-kanak sebagai penumpang motorsikal. Penunggang motorsikal merupakan kumpulan terbesar yang mengalami kemalangan di jalan raya. Gunakan kaedah pengangkutan lain yang lebih selamat.

22 December 2009

Memenuhi tuntutan princess-princess ku...

Salam...ehmmm...ahad lepas tertunai la hajat anak2 aku nak mandi di The Carnivall Sg. Petani....mmg agak lama dah aku tak bawak diaorang pegi mandi manda sejak ader H1N1 dulu...yelah kata nak jauhi tempat sesak kan...plak tu Ryan lak kecik lg..now H1N1 dh reda sikit + adik RYan dah besar ...kami pun bawak la anak2...mmg kesian gak dah lama diaorang minta nak gi 'swimmming pool' tp apakan daya..lebih baik tak pegi masa wabak tgh betul2 mengganazzzz....kalau jadik aper2 lg susah...harap2 semua wabak tu dah takder walaupun ader roumous kata ader gelombang kedua wabak H1N1 tu menular semula..nauzubillah...
  

 
Berbalik pd citer aku td..kami ber5 jer pegi kali ni...ehmm yg lain sibuk...ibu n ayah pun bz dengan homestay..alan n maz pun bz ...so kami jer la...dh yg lin sibuk...aku lak dah janji ngan diaorang nak bwk sebelum sesi persekolah bermula... alhamdulillah cuaca pun ok..berangin n agak redup..sesekali tu panas la...budak2 mmg enjoy sesangat..
 
 
Ryan pun tumpang enjoys gaks...Ryan dah ader baju renang yang pertama...heheh...cute jer bila dia pakai..sajer jer beli sebab kalau bagi pakai tshirt or pants biasa kan sejuk...material untuk swimming suit tu kan tak jerab air...maka elok la utk si baby...Ryan pun nmpk hepi n enjoy..sama mcm kakak n ucu dia..





 Sepanjang di sana..Ryan sikit pun tak meragam...dah letih mandi n main air..dia tido..aku letak dalam stroller Quinny buzz dia tu la...mmg nyenyak...ader kipas angin lak tu...hehe...En. darling mcm biasa la...kena la handle princess2 dia tu... ye lah nk main kat tempat dalam n slide yg berpusing2 tu..huhu..aku mmg takde nyer nak naik...takut sehhh...sib bek ader ayah diaorang..kalau tak jgn harap la nak naik...

The Carnivall ni ok jugak la ...every 30 minutes diaorang akan buat activities  untuk para pengunjung...sesapa yang berminat nak join boleh jer..ader prize lg tau...dalam byk2 aktiviti tu anak2 n ayah nyer masuk contest buat sand castle..heheh...kelakar..yelah...2 budak..1 dewasa...mana la nk cantik sgt... group2 lain ader 4-5 orang dewasa..dh tentu la cun n cepat...tp takper sajer jer nk hepi2 n exposed kan anak2 aku dgn pertandingan mcm ni...hrp2 esok2 diaorang leh buat castle sendiri tanpa bantuan...actually ni leh gak memupuk semangat berpasukan kan..?



Ok lah..ni gambar2 yg aku amik sepanjang di sana...

18 December 2009

Ketika Cinta Bertasbih

Episod baru kini bermula Anak2ku..

Salam...ehmmm...seharian arini aku spend time ngan anak2 utk bersama2 membeli belah utk persiapan bg diaorang menempuh alam yang baru..pejam celik pejam celik anak2 yg baru jer aku rasa melahirkan, membesarkan kini akan melangkah kesatu lagi fasa yg baru iaitu ALAM PERSEKOLAHAN...tak terasa masa berlalu pantas...terasa masih byk ruang yg perlu aku isi utk bersama2 mereka menjalani kehidupan...tp itulah hakikatnya yg perlu kita terima..kita tidak akan dapat menahan M.A.S.A itu drpd berlalu...yg perlu adalah untuk kita mengejar masa...Alhamdulillah aku punya peluang untuk bersama2 melihat mereka membesar di depan mata...meniti hari2 indah bersama...dah pasti aku akan merindu saat2 mereka ketika kecil...rengekan...tangisan...yang kadang2 menguji kesabaran aku sebagai ibu...apa yg aku harapkan agar aku berpeluang untuk bersama2 mereka dalam apa jua fasa yang akan mereka tempuhi..dah pasti aku ingin merasai debaran ketika mereka berjuang untuk menempuhi peperiksaan seperti anak2 yg terdahulu...dan kemudian melihat mereka menggenggam kejayaan demi kejayaan!!! Untuk anak2 ibu tersayang...Nureen & Ayuni...ibu doakan agar kalian sentiasa diberi hati yang terang untuk menerima apa jua ilmu yg akan diajar...insyallah ibu pasti anak2 ibu akan termasuk didalam golongan anak2 yg bijak...Amin..




On the way nak masuk Sunway Carnival Mall tu sempat lagik berposing...




Nureen tgh menerai kasut...aku carik yg simple n nipis...takmo yg berspan-mepan..lambat kering..



Ayuni punya turn la plak...si adik Ryan setia menanti...akan tiba masa adik nnti ye sayang..




Ha...tgk tu betapa sibuknya diaorang men'shopping'kan diri...rasa semuanya nak....huhu...kopek poket ibu...




Sorang pilih sebelah kiri..sorang pilih sebelah kanan..masing2 dah ada taste masing2..takmo yg sama2 mcm kembar tu la...ibu n ayah diaorang selalu pilih yg sama sebab takmo kasik G.A.D.U.H!!




Ya Allah...sempat plak pi exercise...ishhh...Nureen kata " ibu...perut uyeen dah kempis bu..." ibu jawab.."a'ah la sayang...ibu pun nk naik la...nnti ibu suh ayah beli 1 ek..."




Dah letih makannnnnn....this time makan ni jer la.. THE CHICKEN RICE SHOP..
Bukan sekadar nasi ayamm...




Lepas bershopping n makan...bermula sesi berposing sebab lokasi tu dekat dengan entrance kluar...so kita possing jer la...bukan kena bayar pun...







Nureen kena tinggal coz asyik makan jer kejenyer....beli whipped potato untuk adik Ryan...
last2 dia yg balun...

17 December 2009

@ Queensbay + TGI Friday's










Salam..semalam aku bawak anak2 aku pegi Pulau...sebenarnya nak gk amik maid aku di jeti ..dia bru balik dr Medan...balik bercuti + beraya kt sana...so dh lebih kurang dekat sebulan dia balik (dia tak tau betapa kalutnya aku masa ketiadaan dia sebab aku tersangat la bz ngan kerja..tp nk wat camner..terpaksa la buat apa yg boleh...) so sementara tunggu feri dia sampai..aku bawak la anak2 aku tu pegi 'round-round' shopping complex Queensbay tu...huh..mmg la letik gak...yelah anak2 aku tu bukan tak to..ader jer kedai yg dia nk masuk..xspecially kedai2 toys (dh pasti toy's r us ) n kedai2 accessories (jual cekak rambut..walaupun diorng bukannya pakai kalu beli pun...)..n satu lg terlupa destinasi wajib bila pegi sana iaitu GAP & GUESS Boutique...kali ni si kakak2 tak dapat sebab dh slalu dapat..kita kasi can lak kt adik Ryan..dapat la sepasang 2 kt aadik...

Satu lg boutique yg aku masuk..islah butik CROCS..nk carik kasut si kakak dh teruk sangat dah slipar diaorang...dh masuk tu..mula la test..lepas 1..satu...tak berkenan test lgik...huhu..dah berkenan tak dak saiz lak dahhhh...ishhhhh...sabar jer la..ader utk ayuni..utk nureen lak takdak..aku ni mmg kalau sorang tak de maknanya 2-2 takkan dapat....senang...last2 takde 1 pun yg ader utk  si princess tu...so..kami decide maybe not this time...letih jer menerai..sian kt budak 2 orang tu..

Lepas sumer dh penat dh sure la 'L.A.P.A.R' ..huhu apa lgik carik tempat makan la...mana leh tak soru...dh penat mentawafkan diri...so kami pilih utk makan kt TGI Friday's..kali ni amik menu Jack Grilled BBQ Chicken...sedappp....Encik Darling tu pilih mcm biasa la...LAMB STEAK..aku pun heran tak jemu2 makan steak...kena darah tinggi baru dia tau..yelah org kata daging ni kan bahaya sikit..heheheh (macam la yg aku ni jaga kesihatan sangat...hehe..yelah memanjang jer dia punya menu tu mahai dr aku...huhuh..anak2 mcm biasa...Chicken Fingers & Burger....air?  PLAIN WATER!!!!..hahah...jimat sehhh....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...