Bayang- bayang Hati !

My Precious

05 January 2010

Bermulanya episod baru..

Alhamdulillah..smlm 4/1/10 anak2 aku dh berjaya melangkah ke 1 lagi fasa kehidupan...fasa yang akan memberi byk cabaran utk diaorang tempuh....samada yg ditempuh itu sgt kuat halangannya atau sgt senang bergantung pd diaorang...fasa yang membuka peluang utk diaorang mendalami ilmu baru...dan mengukuhkan ilmu2 sediada....fasa yang akan memberi lebih ruang utk diaorang mengenali diri sendiri dan dibentuk oleh para cikgu atas ilmu yang bakal dicurahkan....bukan lah bermaksud aku nak lepas tangan atau menyerahkan bulat2 kpd cikgu utk mendidik..tetapi..apa pun gandingan didikan dr rumah & sekolah harus selari...

Pagi smlm mmg aku xcited sangat2 sebab hari pertama sesi persekolahan Nureen & Ayuni ..aku agak anak2 aku relaks jer...sebab dh biasa masuk ke sekolah tadika sblum ni...alhamdulillah tekaan aku tak salah...mmg diaorang nmpk tak kekok bila masuk ke kelas baru..berjumpa dgn guru2 serta rakan2 baru...aku pun bila dah nmpk diaorang boleh sesuai kan diri...aku tak ambil masa yg lama untuk tunggu...(kami ibu bapa di nasihatkan agar tak menunggu lama di tepi kelas oleh guru besar sekolah tu...kerana nak memberi keyakinan kpd anak2 utk berdikari).Biarpun anak2 aku cuma 2 orang melayu di dalam kelas ...aku lihat diaorang cepat bergaul dgn kengkawan baru....didalam kelas dh pasti dipelopori oleh kaum Cina disebabkan anak2 aku bersekolah di SRJK (C) Chung Hwa 3....

naper sekolah Cina menjadi pilihan...????ehmm..bukan lah aku menidakkan kemampuan sekolah2 kebangsaan...tetapi sekadar ingin membuka ruang minda anak2 aku utk mix around dengan kaum/ bangsa asing... mengenali sifat, attitude yang mungkin boleh dimemberi manfaat kpd mereka..dan yg pasti ilmu baru yg akan diaorang belajar nnti iaitu Mandarin!...dh pasti byk kelebihan lain yang mungkin dicapai bila mereka disekolahkan disitu....kalau di rumah pun anak2 aku tak bergaul dgn kawan2 kerana disekitar kawasan aku takde budak yg sebaya yang boleh dibuat kawan..mereka cuma berpeluang utk berjumpa kawan2 bila tiba waktu pegi belajar di sekolah agama!

So...tak mau la aku berciter panjang kt sini..sebab ader byk lg post yg aku nk buat dlm entry seterusnya....di bawah ni adalah gambar2 sepanjang diaorang di sekolah pada hari pertama semalam..



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...