Bayang- bayang Hati !

My Precious

05 June 2010

Untungnya pencuri tu.. !!!

Salam cuti 1 Malaysia.. hehe. sumer sonok ek arini.. cuti lagik.. kerap betul kita cuti umum ek. last week ader cuti hari wesak... ni minggu ni.. cuti umum Keputeraan Agong lak. hehe.. best ek cuti banyak2 ni.. 

Biasa la.. bila time cuti ni.. masa aQueen n Mr.King kluar gi 'marketing'.. yelah.. dapur dah tak berasap 2 hari.. ikan..ayam.. sayur... sumer dh abih..hehe.. nak gik market pun tak sempat.. so pagi2 td.. aQueen dah kejut Mr.King gi pasar.. nak beli la bekalan makanan untuk MISI BANTUAN..GAZA..  anak2 kt umah tu mcm biasa la..standby ker mulut nak disuap makanan..

So.. dipendekkan citer.. tengah sibuk2 beli ikan & ayam.. aQueen terus tuju ke tempat jualan sayur.. tgh2 memilih sayur tu.. tup2.. dengar kecoh2... bunyi mcm org nak bergaduh... mata ni mmg dok mencari la arah mana la datangnya susara kecoh2 tu..maklum la.. orang kan ramai ari ni...cuti la katakan.. dah tu ternampak la sorang lelaki Melayu ni.. tgh  dok marah kan sorang lagi lelaki dipercayai berbangsa asing mungkin dr Myammar or Nepal... si lelaki melayu ni marah2kan si lelaki asing yang dh nampak  tersangat PUCAT!... maybe takut ler tu... tgh si lelaki Melayu marahkan dia.. ader plak seorang lelaki tua berbangsa India yang menghulurkan sesuatu kepada Si lelaki Asing...apakah itu?..Tungguuuuu....namun lelaki asing dilepaskan tanpa bicara..di tumbuk!

Dalam kekecohan tu.. aQueen terdengar la perbualan manusia di sekitar kawasan tu.. yg si lelaki Asing tu telah mencuri henpon seorang wanita.. n dia telah terkantoi oleh lelaki Melayu td yang telah berjaya menahannya dan henpon tu dipulangkan kpd wanita tadi...setelah dipulangkan tu..lelaki Melayu itu hanya memarahi menkaunseling si lelaki Asing tu... sebaik saja dilepaskan.. dia dengan pantas menyelamatkan diri di celah2 orang ramai itu...sumer org agak terpinga2 bila dia dilepaskan tanpa sebarang hukuman..mungkin masing2 menharapkan si lelaki Asing itu diajar secukupnya.... itulah LUCKY dia yang Pertama...

Dalam pada itu.. belum pun reda.. kesangsian org naper si lelaki asing td dilepaskan.. tetiba.. ader lak suara.. " dia curi duit saya lagi RM50!!!"... rupanya.. suara dari kakak yang kecurian henpon td.. 


dan..



lelaki berbangsa India td bersuara " saya dh bagi pada lelaki td.. sebab saya ingatkan duit dia yg terjatuh dr poket dia...!!!!"


hahaha...!!..nak tergelak pun ada..nak marah pun ada... nak aper ek???


andaian cerita yang boleh dibuat adalah.. kemungkinan lelaki asing td telah mencuri HENPON & DUIT RM 50.. tetapi disedari hanya henpon sahaja yg diambil... bila dia dh terkantoi... dia buangkan duit rm50 tu.. kerana takut dikantoi kan lagi... namun.. masih ada insan yg 'baik hati' menyerahkan kembali 'hak yang bukan hak ' kepada yang tidak 'berhak'...apa bleh buat..?? LUCKY dia yang KEDUA !!!

Moral: 

1.Lelaki Melayu terlalu baik utk si Pencuri...!!!
2. Lelaki India tersangat jujur tak kena tempat...
3. Wanita yang tersangat 'bernasib malang'... tp masih bernasib baik..kerna berjaya menyelamatkan henponya..

dan..


4. Lelaki asing yang sangat bernasib baik dan untung.. tak dapat henpon.. tetapi dapat duit yg diberi percuma tanpa dibelasah !! Betapa beruntungnya dia... takper.. arini rezeki dia....hehe...

1 comment:

sarah shafie said...

hehe..org bg dia ambik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...