Bayang- bayang Hati !

My Precious

28 July 2011

Gemuruh !!



Untuk kamu Harimau Malaya!! Malaysia Boleh !!

Aaron Aziz tengok game mlm ni? Dia sokong pasukan mana?

Hiihii. semangat Harimau Malaya sudah datang.. !!!!
Malam ni Harimau dan Singa akan berentap..
Sebanyak 95000 keping tiket telah abis dijual..!! mokcik kayo!!
aQueen tak leh le nak pegi tgk kat stadium ..
yelah dah dok jauhkan..
tapi semangat tetap tak luntur..
tak sabar nak menanti ..
perlawanan malam ni..
harap sesuatu yg Miracle akan berlaku..

ramai rasanya penyokong Malaysia mahupun Singapura dijangka akan memenuhi stadium malam ni..
tapi persoalannya..
Aaron Aziz turun ke tak? Dia sokong Malaysia ke Singapura?hihi..




heheh..aperpun.. tetiba rasa mcm nak bela Harimau !! Singa tak hensem..:))
tak cayer..cer tengok harimau kat bawah ni..

hensem kan? Muka dia atta sinyumm!!!




* kepada pasukan Harimau Malaysia...Tunjukkan Taringmu!!!! All da best!! Love u !!

Nasi Beriani Milani !! Sedap !!

Sedapnya nasi beriani ni.. AQueen baru jer lunch nasik beriani Milani. Yang special tentang Nasi Beriani milani ni ialah ayam dia yg di'grilled' dan diletakkan creamy sos..Rasa lemak sgt.. Plus maybe ade cheese sket..

Pada yang duduk area utara ni leh singgah kat Restoran Kapitan kat Bandar Perda.Cuba la rasa.. Pasti memikat selera dan sesi menternak lemak akan mula dilaksanakan.. Hehe!!

Saya minta maaf !!! :(((

Salam..tetiba semalam ader muncul perasaan rasa bersalah atas 2 entry aQueen sebelum ini..
Betul2 rasa bersalah sangat..
sebab tak pernah buat entry mcm ni..

 saper yang dah baca.. mungkin berminat nak baca entry ..ni entry tu..
HOSPITAL BARU 'PRINCESS COURT'
..sori banyak2.. sebab aQueen sekadar memilih nama spital  'PRINCE COURT' tu secara rawak je..
Prince Court Hospital tu  memang popular kan..ramai org tau..
memang la ader hospital swasta lain..Gleneagles..KPJ..Pantai...etc..tp
takde niat nak mempermainkan perasaan orang yg pernah bersalin kat spital tu..
kalau perasan ader petikan

'Apapun.. tahniah la pada yang mampu tu ye..
anda berhak mendapat perkhidmatan yang terbaik dengan apa yg anda dah laburkan.. 
"suami sayang anda"..so u deserved it !!!'



tu bermaksud aQueen memang tak kisah sebenarnya.. ucapan tahniah tu ikhlas..serius..
yang penting tujuan asal tu nak cakap yg 'hospital gomen kita lebih baik dr hospital gomen kat Filipina' tu
so....aQueen minta maaf la ye pada sesiapa yang terasa hati dengan entry tu! maaf sangat-sangat!!


ok kes yang kedua pulak pasal entry
Suhaila Dedah Rahsia Antara Dia dan Jimmy Shanley
pun sama jugak.. bukan berniat nak bergossip..
tetapi nak suh sumer jadikkan teladan dari kisah diaorang..
bukan jenis aQueen nak buat entry 'gossip2' supaya ranking trafik tu naik ..
sebelum-sebelum ni sumer citer anak2 n family je..trafik tu setakat 40-50 orang sehari je..
kalau sehari seorang pun pada aQueen bukan satu isu pun..
jadi tk timbul isu perlukan' gossip-gossip' tu untuk tingkatkan trafik..
jadi mohon maaf sekali lagi la ye kepada peminat2 Jimmy n Suhaila..
mana tau ader yg terasa bila aQueen buat entry pasal derang..
apapun..aQueen tetap doakan agar Jimmy n Suhaila akan temui pengakhiran yang terbaik utk kehidupan mereka..


so MAAF sekali lagi untuk semua!

27 July 2011

Semalam citer pasal hospital bersalin~ arini dpt baby TWIN !!

Orang cakap rezeki jangan ditolak..
Musuh jangan dicari..
kalau dah rezeki terima jer la..
baru semalam citer pasal hospital bersalin 'Princess Court'
arini dapat baby 'kembar'



tapi bukan kembar  yang kat atas ni..ini..





*



*



*


kembar ini...


hihi..jangan marah aarr... kembar jugakkan...??
beli sebiji rm0.28 sen..dpt 2 biji..:))
takkan nak kasi 20 posen lg kt apek tu kan.. makan jer la..:)


hihi.. saper ader petua nak kasi dapat baby kembar?
~sila angkat keyboard~ :)))

26 July 2011

Ibu kasihanilah adik..:((

Kesian ? Tak hado maknanya nak kesian-kesian.?
Dah nasib awak beribu kan ibu yang 'kijam' ini..
takde maknanya lagik..
kena 'syeksye' pakai baju cantik2 aper salahnya..
skang dah tiba masa..
cepat berposing..
ibu dah bohsan duduk depan lappy..
skang masa untuk shoot..
silakan anakku sayang.. "senyummmmmmmmmmmmmm..."
:)))




saper yg nak muntah asik2 tengok gambar anak2 aQueen sila muntah ye.. takde saper nak larang..
dah mak derang ni gila..betul2 gila mengambil /mengeshoot gambar..
sumer gambar anak2 la..
kang kalau amik gambar anak orang lain kang derang suh bayar..
sbb amik anak2 derang adik model..
biarla gambar tak lawa ker..
anak tak cantik ke..
janji jari ni..sehari mesti kena petik...
kalau tak petik shutter tu..rasa mcm hidup ini tak lengkap..
so..jangan heran kenapa selalu aQueen letak gambar anak2..
specially gambar baby Eve ni..
actually dia jer yg sudi jadik model..
kakak2 n abang dia sumer dah akal panjang..
banyak songeh..
ader je alasan derang..

so sementara Eve belom pandai kasi alasan mcm  kakak dia..
kita shoot puas2!!!

jom menembak!!

Hospital Baru 'Princess Court' !!


Ok..ni lebih kepada entry 'kesian' !!..
gambar yang aQueen post ni berkaitan dengan gambar situasi /keadaan wad bersalin hospital di Filipina..

ishh..sedih betul.. korang nilaikan la ..bandingkan dengan hospital kerajaan kita..



seteruk-teruk hospital kerajaan kita..takde la teruk macam ni..
sampai katil pun kena share..nak bersalin pun tersyeksya tahu tak??
baby-baby dok cenggitu jer..kena share katil ngan baby & ibu2 lain..
ish..mau tertukar kang baby ai..

so..bersyukurlah.. sapa yg pernah bersalin kat hospital kerajaan..
sekurang2 nya.. takde la macam ni..
sedih tau..
tolak sebelah ye 'kes-kes' yang biasa berlaku kt hospital kerajaan tu..
walaupun hakikatnya..banyak lagik kes-kes yg berlaku kat hospital swasta ..
tapi tak diberi publisiti..sebab aper tak bagi publisiti? 
sebab kita dah diberi duit utk tutup mulut..
terima jer la..
biasala manusia ni..kalau benda murah..benda free ni..bukan nak hargai sgt..
bangga tak kira kalau ditanya...

" ko bersalin kat hospital mana ni?"
" kt hospital 'Prince Court Mammoth"
(bukan nama sebenar)
~.jawab dengan hidung kembang kempis~
biasala.. boleh la eksyen ceng duduk istana.. bukan susah sgt..dah bayar duit kan..
berguni2 dah abih... hutang Credit Card pun 3 bulan baru abih bayar bil spital tu..
nama pun Court Mammoth..sah2 hutang..hihi..

Apapun.. tahniah la pada yang mampu tu ye..
anda berhak mendapat perkhidmatan yang terbaik dengan apa yg anda dah laburkan.. 
"suami sayang anda"..so u deserved it !!!

kepada yang bersalin kat spital kerajaan pun tahniah.. 
sebab anda yakin dengan kemampuan kerajaan menyediakan perkhidmatan yang terbaik utk sumer...



 kat baju ai tu nampak tak ader embroidery nama spital " Hospital Princess Court'!!
ko hado??? tak hado ? ader aku kesah..hihi..

aperpun,.muka tetap kene menten cun wehh..sakit beranak lain citer..
beranak kt mana pun tak kisah hokeyy..




* kalau diberi pilihan..aQueen nak cari spital yg leh kasi tak rasa sakit masa bersalin..ader? ":PP

Suhaila Dedah Rahsia Antara Dia dan Jimmy Shanley !

Haa!!! Sekali dia sudah mengaum..!!! Selama ini diam je.. sang suami jer yang bersuara..
Ini hari dalam suratkhabar dah ader kisah diaorang ni.. front page lagik tau!!

Ini ader aQueen copy paste dari blog mStar Online
ce baca..ce baca..baca je..tapi jangan mengumpat !! :PPP


HIBURAN

Suhaila Dedah Rahsia Bersengketa Dengan Jimmy Shanley

Suhaila mendakwa Jimmy pernah memukul dan mengongkongnya. Foto NORAFIFI EHSAN
PETALING JAYA: Setelah sekian lama berdiam diri, isteri kepada pengacara Jimmy Shanley Norjahan Saleh, iaitu Nursuhaila Eliani Suhaimy, mendedahkan faktor utama berlaku keretakan rumah tangga mereka adalah disebabkan suaminya itu pernah memukulnya serta terlalu mengongkong.
"Saya tidak suka Jimmy kerana perangainya pelik yang bukan seperti orang biasa. Semasa majlis pertunangan kami, rombongan pihak lelaki yang hadir hanya lima orang sahaja dan semasa majlis akad nikah, rombongan pihak lelaki tak sampai 10 orang... itu pun di kalangan ahli keluarga sahaja.
"Tidak ada artis atau selebriti yang hadir bagi pihak dia (suami). Untuk pengetahuan umum, itulah perangai Jimmy Shanley yang tidak mempunyai kawan," ujar Nursuhaila dalam satu kenyataan bertulis yang diedarkan kepada para wartawan dalam satu sidang akhbar khas yang diadakan di syarikat milik keluarganya, Perwanza Enterprise (M) Sdn Bhd, di Damansara Damai di sini, Isnin.
Suhaila, 25, berkata, sejak berumah tangga pada 1 Oktober tahun lalu, kehidupannya tidak tenteram kerana mereka sering bertengkar disebabkan Jimmy,32, enggan membenarkan dia keluar bersama rakan-rakan.
Malah dia menyifatkan Jimmy sebagai seorang yang "pelik" dan enggan bercampur gaul dengan ahli-ahli keluarganya yang lain dalam apa-apa majlis yang diadakan.
"Dia ingat dia tu superstar tak layak untuk bergaul dengan sanak saudara saya. Setiap kali majlis kenduri diadakan oleh bapa saya, Jimmy jarang bertegur sapa dan bersalaman dengan sanak saudara kami.
Suhaila akhirnya "membuka mulut" kenapa dia enggan bersuamikan Jimmy.
“Paling teruk saya pernah dipukul lebih kurang empat hingga lima kali sepanjang sebulan bersamanya. Sebelum akad nikah dan semasa berbulan madu di Koh Samui (Thailand) saya juga mengalami peristiwa yang serupa.
"Selama ini saya berdiam kerana tak nak publisiti murahan...saya orang bisnes dan tak suka publisiti macam ni.Banyak lagi yang saya pendamkan dan tak perlu dihebahkan kepada umum," ujarnya.
Tambah Suhaila, dia tidak faham mengapa Jimmy tidak cuba untuk berkomunikasi dengannya setiap kali mereka menghadapi masalah tetapi pengacara itu lebih senang mengadu kepada ibu Suhaila, Muniroh Kasim.
Dalam pada itu, Suhaila juga mendakwa, Jimmy tidak membuat sebarang pembayaran kos rawatan bersalinnya, bayaran mengurut mahupun wang untuk membeli lampin untuk anak mereka Zahrah Shanley yang lahir pada 24 Jun lalu.
"Dia kata dia seorang yang bertanggungjawab... semestinya dia sudah membuat persiapan tersebut dan bukan cakap kosong di media sahaja.
"Selepas bersalin, saya tidak pernah pun menghalang dia untuk berjumpa anak kerana saya tahu, Zahrah juga memerlukan Jimmy dan saya tidak akan halang kasih ayah terhadap seorang anak," ujarnya.
Jimmy dan Suhaila hanya mengecapi kebahagian selama 10 hari perkahwinan mereka.
"Pukul kerana ingkar" - Jimmy
Sementara itu Jimmy yang dihubungi mStar Online bagi mendapatkan reaksi ke atas dakwaan-dakwaan yang dibuat isterinya itu tidak menafikan yang dia pernah memukul Suhaila.
Tetapi katanya, dia berbuat demikian kerana isterinya telah mengingkari nasihatnya.
Peristiwa itu kata Jimmy berlaku sebanyak dua kali sahaja iaitu selepas perkahwinan dan semasa berbulan madu.
"Ya, memang benar. Saya pernah memukul Suhaila pada hari ketiga perkahwinan dan hari kedua kami bulan madu. Kejadian itu disebabkan dia mengingkari nasihat saya. Tetapi saya tidaklah memukul sehingga mencederakan dirinya,” ujar Jimmy.
Tambah Jimmy, dia tidak pernah mengongkong kehidupan Suhaila sebaliknya cuba mendidiknya menjadi seorang isteri yang baik selain memintanya mengurangkan aktiviti yang sering dilakukan semasa hidup sebagai seorang bujang.
Paling menyedihkan kata Jimmy sepanjang sebulan selepas perkahwinan, dia hanya sempat bersama Suhaila selama 10 hari sahaja dan selepas itu isterinya cuba mengelak untuk meluangkan masa bersama selain lebih pentingkan rakan-rakan berbanding suami sendiri.
Mengenai tuduhan Suhaila kononnya Jimmy tidak membayar kos bersalin, katanya masalah itu timbul kerana dia sendiri tidak diberitahu mengenai hari kelahiran anaknya.
"Saya hanya diberitahu menerusi SMS pada hari kedua bahawa anak saya sudah dilahirkan tetapi dia tidak beritahu saya bila dia akan keluar (wad) jadi macam mana saya mahu menjelaskan bil perubatannya itu?" soal Jimmy.
Mengenai dakwaan isterinya yang majlis perkahwinan mereka tidak dihadiri oleh rakan-rakan artis yang lain, Jimmy mengakui memang dia tidak ramai kawan rapat.
Jimmy juga bertegas, setiap kenyataan yang diberinya selama ini bukan kerana ingin meraih publisiti murahan sepertimana yang didakwa kerana sepanjang tujuh tahun bergelar selebriti, dia tidak pernah mencetuskan sebarang kontroversi murahan.
Tambah Jimmy, dia juga mengakui, sepanjang masalah rumah tangganya berlaku, dia sering mengadu kepada ibu mertuanya tetapi itu berlaku kerana kesukaran untuk berhubung dengan Suhaila sendiri.
Jimmy dan Nursuhaila diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010 dengan hantaran sebanyak RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahir Nursuhaila pada 31 Januari 1986.
Majlis resepsi untuk meraikan pasangan tersebut diadakan sehari selepas itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Kemelut rumah tangga mereka mula diperkatakan pada 11 November lalu. Jimmy memfailkan permohonan kembali taat dan nusyuz terhadap isterinya selepas mereka tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010.




***************

Eeee...takut la.. baca pasal kisah rumahtangga orang ni..
Takut kita dok kalut jaga tepi kain orang.. rumahtangga kita pun ntah ke mana..
Dok sibuk pot pet pot..pet..tup-tup kena batang hidung seniri..
Minta simpang la berlaku kepincangan dalam keluarga kita kan..
So masing2 jaga la rumahtangga masing2 ye..
Jaga laki masing2..
Jaga diri masing2..
Jaga bodi pun masing2... heheheheh... (ditujukan untuk diri sendiri.:P)))


kesimpulan : Sendiri Mau Ingat !!!

25 July 2011

Swimming pool di rumah kami!

Budak2 ni kalau cuti..memang tempat diaorang kat dalam pool...
semalam tak larat nak bawak gik public swimming pool..
so Mr.King bukak la pool lama ni.. untuk anak2 dia main..
bukan main hepi..

 Eve pun mandi jugak..:)))







[PD50H] Ceramah ini sangat berbaloi2!!

Ni dah masuk minggu ke 7 PD50H ..
saper yg tak tau aper tu PD50H leh klik kt sini..BAJET CUN
nak tau kisah lanjut lg..klik ENTITI AYU
so.. biasa la.. bila dah join program berani mati ni..
memang azab kena tanggung lebih,.
mana tak nya.. bukan jer kekuatan mental je penting..
kekuatan fizikal harus juga diberikan keutamaan ..

biasanya.. ada beberapa faktor yang memainkan peranan..
bila start excercise tu.. badan kadang2 rasa sakit..al maklum la...body contact dah dimulakan..
sit up.. sit down.. regangkan pinggang.. goyang gelek-gelek hawai.. sumer kluar la time tu..
jadi mana tak sakit nyer..sikit pun mesti terasakan..
pada yang suka berjogging plak.. selamat menahan sakit lutut mahupun bawah paha..
sakit bahu..sakit paha.. sakit pinggang.. sakit bermacam2 jenis sakit lagi.. sumer nyer berkaitan dengan
senaman yang kadang2 salah.. kadang2.. terlalu drastik.
apapun kawan-kawan...
walaupun sakit.. malam jumaat punya aktiviti tetap berjalan seperti biasa.. :PPP


begitula kisahnya sakit yg mungkin kita hadapi..
akan tetapi..ader 1 lg bahagian anggota badan yang palingggggggggggggggggggggg aQueen TAK SUKA untuk disakiti..
nak tau aper..


 TELINGA!!
sakit bukan tak sebab silap senaman..bukan sebab excercise terlalu drastik..
sumer nyer.. sebab dah mula dengar 'ayat-ayat cinta' dr Mr.King bila dia tengok berat binik dia yg menuju puncak ini!!

"Dah la yang.. macam la saya tak tau yg awak tu bukannya boleh diet pun.. kejab jer semangat awak tu..
ye ye nak kurus konon...orang makan burger awak pun nak..siap nak 'daging double'..
singgah 'beskin robin'.. awak carik flavor coconut+ caramel..letak topping chocolate rice....
pegi A&W..awak balun float...
.makan cendol suh budak yg jual tu letak kacang + jagung "lebih yer dik..bayar lebih takper"..
dah tu dulu memula..kalau makan..amik sayur dulu..isi sampai 4-5 jenis sayur..
letak nasik kt hujung pinggan je.. skang ni?jangan kan nasik hujung pinggan.
.awak letak nasik je dah bersenduk2...amik lauk berjenis2 berminyak lak tu..
last2 takde langsung ruang untuk sayur.!!
lupa ker awak pada kalori dan kaborhidrat tu??tu belum abang sebut lemak..kolestrol sumer lg..
kang kalau sebut..mau awak lari rumah..abang jugak susah....
apa yg dpt abg simpulkan.. awak ni.." HOT-HOT SHIT CHICKEN"
dah la takyah kurus lg..

so..agak2 nak menjawab tak?
ader bran???

*


*


*


*
speechless sambil senyumm..:))) ~jangan menjawab...:)) sinyum lagi..~
muka tetap kena menten beb.. badan gemuk takper..
janji senyum mau ada..
Muka Atta Sinyum..!!

Airmata seorang PATRIOT !

Semalam balik kampung aQueen kat Kulim nun..
biasa la.bebudak ni kalau balik kampung..
memang hepi giler la..
mana taknya..kawan2 ramai.
anak2 jiran2 penuh je berkumpul bila kami balik kampung..
sumer tu ader agenda la bila kami balik..
nak ajak siNureen Ayuni n Ryan tu main ler..aper lagik..
syok nyer tak hengat..
boleh main keliling kampung..
tanah luas..
suasana damai..
udara nyaman..
indah dan permai lg..:))

 dalam sibuk2 main tu..
aQueen dengar la mamat tu menangis..~si Ryan ni la..~
dalam hati ah sudah..mau ader yg pukul ke aper ni..
budak2 ni kalau melawak..tak hengat..
kasar..takut si kakak tu buat adik dia..

so..bila keluar..panggil la..derang..
"naper dengan RYan...?"
"dia jatuh bu.." si Nureen jawab..
"ha?? jatuh..meh sini ibu tgk.."
"adik dah tak leh jalan la bu..kaki dia ader darah.."
"ha???? apsal tak leh jalan..."...dalam hati adess... patah ke aper ni..??
so nak tak nak.. pegi la tgk..

bila dah sampai kt Ryan..
memang terkejut la tengok luka dia..
"sah!!! Ayah.. kena bawak Ryan ni p spital ni.." ..jerit kat Mr.King..

Yang si ayah.. tengah panjat pokok rambutan pun terjun la turun..
"mana?mana?..meh ayah tengok luka abang (panggilan pd Ryan)
" ni ha ayah.. teruk ni..cemana nak buat..??"

ce tengok luka dia..

sian...:(( aper pun.. baju bola Mesia tetap menjadi penyumbang semangat..:))

 tu air mata yg jatuh berlinangan..

ni plak luka tu...ishhh..sadisss..
*



*



*



haaa!! nampak??... hampir tak nampak pun...!!!
sikit sangat!!
choiii betoi la budak Ryan ni.. 
nangis tak padan dengan luka..!!!
boh minyak gamat setitik dua. terus bangun pi main balik.!!!!

23 July 2011

Cinderella Lelaki?

Ni la masalahnya..kalau dah ader kakak perempuan ~ yelah perempuan..takkan kakak lelaki lak kan..
ader plak mak sedara yang berkomplot dengan si kakak..
adoii..siannyer.. dah di make overnyer budak ni..
pulak tu dibiarkan jer si kakak n ucu tu memakeover tanpa bantahan..

cer tengok...cer tengok..


ek elehh.. mamat ni.. senyum2 simpul lak..


*
*



*



*


*




*




*



adesss.. tak tau la.. budak2 ni kan...dah tak sekolah tu ader je keje diaorang..
ingat adik korang tu cinderella ke..??sabar je la tau..

22 July 2011

Tak menyesal.. !!

Ni nak citer pasal bouncer baby Eveana Ryanea ni..
bulan ni dah cukup 6 bulan lebih umo si Eve tu..
kalau ikut age ni masa abang n kakak dia..
aqueen beli baby walker..ala.. tempat duduk yg ader roda2 plus mainan kt atas 'dashboard' tu..
tp kali ni memang saja takmo beli sebab konon nak jimatkan ruang...
maklumla.. sejak ada Ryan Reezqy 2 tahun yang lalu..
memang umah tu semak semedang..
penuh dengan menan dia..
ader motor....motor ajer dh baper bijik..
plak tu ader excavator ryan.. tu pun ader 2 bijik gak..
tu belum masuk menan lain..
ishhh..memang semak la umah..
bibik tu la kesian.. asik mengemas  segala jentera2 Ryan tu..

jadi..bila dh mcm tu.. memang aQueen dah takde la memasang niat nak beli walker..
~sebenarnya dalam hati dh berkira2 nak cari exauscer evenflo yg menan kt dashboard byk giler..~
jadik sampai jer time Eve ni terjumpa la Lindam door bouncer ni..
mula2 mcm rasa eh..boleh ka eve ni.. mana best nak main bouncer ni..
tak attractive langsung bauncer ni..
takde menan..

rupanya tekaan aQueen dah salah..
sebab Eve memang enjoy gilerh dok dalam tu..
walaupun takde menan.. Eve leh lompat-lompat..
memang dia hepii jer..
bibik nak buat keje pun senang.. letak dalam tu..
dia lompat2.. n kita kasi la dia pegang mainan tu..

yang paling best ..door bouncer ni boleh diubah2..
ringan.. handy....nak gantung kat mana pun boleh..
kalau kt umah taman ni.. memang aQueen gantung kt area tangga..
semalam balik kampung.. kami gantung kat bawah wakaf..
enjoyyy Eve tu..
abang Ryan pun dok giler nak naik..
hehe..tp soriii..sbb abg dh besar..
memang tak menyesal la beli bouncer ni..
jom layan gambar Eve bersama door bouncernyer..


ruper penuh door bouncer yg tak diletakkan di 'door'
ni letak kat bawah wakaf tu....
kena tinggal sebab sumer orang pegi kait rambutan..:)


 Buat muka kiut...ee.gerammm!!



so ibu2 kat luar sana yang nak cari alternative hiburan untuk si comel boleh la cuba door bouncer ni..
boleh jugak kalau nak tgk macamana dia berfungsi..
cari kat Youtube taip 'Lindam Door Bounce'..
bukan saja baby hepi.. korang pun rasa nak naik tau tak..hihi..

21 July 2011

Anak itik pulang petang !


Anak itik pulang petang lepas balik dari pegi klinik untuk cucuk imunisasi.. (6 bulan)
ishh...dah telepas la ..date patutnya 6 July aritu..
tapi mcm biasa la..
kalau dah beribukan orang bz mengalahkan VIP ni memang la cenggini..

tapi kira ok la... nurse cakap tadi asalkan tak melangkau bulan.. baru delay 2 minggu..
boleh dimaapkan..
so..masa kat klinik tadi dah timbang..
berat Eve 8.2kg .. ok la.. tinggi 67cm
*eh..apsal ibu rasa mcm adik ni rendah je..
lilitan kepala 42.5 cm..
progress lain.. cm biasa.. dah mula makan benda pejal.
dah mula pandai radang2 kalau amik brg yg dia pegang..
dah start angkat2 punggong..tp belum boleh merangkak pun..
kira on da whole ok la progress Eve ni..


ni la gambar lepas anak itik pulang petang dari klinik tadi..



Comel jer ibu punyer anak itik ni!!!..

Dah sampai masa..

Ok la.. jom kita tukar botol baru..
dah lebih  1 tahun Ryan Reezqy pakai botol ni..
kalau ikutkan tips2 keibubapaan..botol susu perlulah ditukarkan setiap 6 bulan..
menurut kajian..
botol susu yang dipakai lebih daripada 6 bulan..dah tak elok lagi digunakan..
boleh mendatangkan kemudaratan kepada pengguna iaitu si bayi..

disebabkan oleh sifat pelupa ibu si Ryan ni.. ( sapa dia tak tauu??)
botol Ryan dah terlajak sampai ke 1 tahun lebih..
hehe..ala..kira halal la..
ni baru teringat..
nak wat cemana..kan..dah terlupa..

so seminggu ni memang  aQueen dok online ler..
nak carik botol utk si comel 2 beradik tu..
ader banyak pilihan...
mula2.. rasa macam nak amik yang ni...

Pilihan pertama..
 nampak macam comel jer.. plak tu tk bleh terbalik..heheh..sebab MOMMA Rocking ni mmg untuk mengerock.. hahaha.. tapi bila tengok live..ala..mcm tak baper berkenan sebab gedabak sangat..
untuk Ryan memang tak sesuai sikit.. jadi ayah pun tak bekenan maka ibu pun tak amik..


So pilihan kedua.. yang kat bawah ni..

tapi tak jugak jadik amik.. ntah la sebab apa.. memikirkan kena beli warmer baru yg fit dgn Avent ni.. sebab yg sediada mmg pakai brand lain.. malas la plak nak beli lg kan..
jadi.. bila sampai kat kedai tu tadi..pusing punya pusing..pikir punya pikir..

akhirnya..MAM jugak jadi pilihan..
atas sebab..

1. Ryan & Eve dah biasa dengan MAM..
2. Teats tu dh sesuai ngan molot derang..
3. kat kedai baby tu td MAM ni ader diskaun sampai 20% ~ yeayyy~
4.Ibu tak payah beli warmer baru..leh pakai jer yang lama..hihi...jimat..
5.cutting n design dia yg colourfull..suka la cutting dia yg slim2 gitu..
senang anak2 nak pegang..kira BABY FRIENDLY la..



so.. yg biru utk Ryan... n yg pink untuk Eve..:)) selamat meminum !!
lagi setahun jumpa yang baru lagi ye!

Taukey rambutan yg paling hensem di daerah Kulim !






mari marii...nak baper kilo... cakap..cakap.. 4 kilo rm5 hengget..
!!

19 July 2011

Mari membulu !!!!


Suka...suka...sukaaa...!!



*



*



comel kan? ni kes kempunan nak dok obersi nak main2 snow.. 
jadik layan ler 'selera ' obersi walaupun dok di negara Mesia yg fanas ini..

Mari membulu !!

Puteri Ayah..


Rekod Tanpa Geli..

Kalau ikutkan tarikh hari ini.. umur Eve dah menjangkau 6 bulan 11 hari..
Biasanya umur 6bulan baby sebaya Eve dah start makan durian..nasik dagang & sate benda pejal!.
so memandangkan Eve dah 6 bulan lebih..
so aQueen dah nak mulakan beri si Eve ni makanan pejal ler..

kalau ikutkan sejarah kakak n abang Ryan dia yang lalu..
budak 2 orang tu memang  GELI tk minat langsung makan benda-benda lembik ni..
kalau bubur nasi tu.. ader la diorang makan sikit..tu pun kena buat kasik pejal2..
takleh nak lembik2..kalau cair lg la..
memang langsung derang tak hadap nyer..
so boleh dikatakan 90% diaorang bergantung kepada S.U.S.U !!
kakak Nureen berhenti minum susu( dalam botol) masa umur 4 tahun lebih..
abang ryan umo 2 tahun masih lagik minum dalam botol.. kasi traning cup pun tak minat..
nak ader bau puting botol jugak..

jadi..bila tengok sejarah kakak n abang si Eve tu..
memang derang makan benda2 lembik ni tak sampai 1 kotak! tak penah beli berkotak2!
(beli tukar2 perisa pun derang takmo)..membazir jer..
last2 kasik kat anak sedara Mr.King tolong abiskan..
cuma yang diaorang suka tu.. biskut Farley's tu..
or..Baby Bites..
itu je la.. tu pun jgn kasi kembang/ masuk air..



oleh yang demikian..demi mengikut hukum alam..
maka Eve pun dah mula diberikan pengenalan 'benda lembik'
setakat ni bubur nasi yg aQueen buat ok.. yg dia suka.. bubur ayam M'D ( amik yg plain)
esok baru nak cuba yg kat bawah ni plak..
ibu nak cuba dulu..
kalau ok kita cuba pulak Gerber/ Heinz nyer 'benda lembik' yang dalam botol tu..
macam2 perisa ader..ader sweet potato..banana.. apple.. corn ( wahh..ibu cakap omputeh)..
.jadik aper kata Eve cuba yg ni dulu k..


aperkah sejarah mungkin berulang??
atau..
Eve dapat memecah rekod tanpa geli??
silakan Eve..



Doakan Eve berjaya....:))
GO EVE GO !!

16 July 2011

Kanda...santapan dah siap..:PP

Hari ni kekanda ai suh masak
'masak lemak terung' ala-ala bonda dia 
(ibu mertuaku ler tu) 
.. ek elehhh..adess....aper ke 'kacang' benor menu permintaan mu wahai kanda..!! 
len kali order la yg susah2 sikit..dinda tengah bersemangat nak masakkan untuk kanda ni !

 
lepas ni.. order yang best2 sikit ye kanda yer.. jangan la yang senang-senang sangat..
minda dinda tak tercabar tau..
dinda nak masak untuk kanda yang meletop2.. jer..
walaupun begitu..dinda tau.. masak lemak simple ni pun dh cukup meletop bg kanda..
asalkan sama mcm ibunda kanda masak kan..??
sila la santap ye kanda ye..menu yang penuh kasih sayang untuk kanda..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...