Salam.. ehmm.. post entry malam2 nan syahdu ni sebenarnya mengundang rasa hiba.. rasa sayu..mmg rasa sayu sangat sebab entry malam ni ibarat kemuncak entry yang paling aQueen takut sekali.. ( wahh.. apsal skema sangat ayat aQueen malam ni...)..melayan jari yang menaip terlalu laju sebab terlalu banyak idea yang rasa nak dicurahkan.. plak tu.. ader selingan 'lagu2' dr Mr.King yang dah pengsan tu..bertambah2 la lagi idea yg rasa nak diluahkan ni....saat ni hati aQueen sangat2 berbunga2 riang.. so kita abaikan 'lagu' Mr.king tu ye...
kepada sesiapa yang penah ikut entry2 aQueen sebelum ni mengenai prince Ryan yang sebelum ni dah di 'dignosed' mengidap penyakit Hydrocephalus ( sila rujuk label Hydrocephalus tu ye..) ~ lebih senang di sebut 'kepala besar'... sebenarnya selalu ataupun kerapkali ader kes2 mcm ni.. biasa berlaku pada bayi2 n biasanya ia dapat dikesan sewaktu didalam kandungan mahupun sewaktu awal kelahiran..Hydrocephalus ini adalah 1 penyakit 'lebihan air didalam kepala' yang sangat2 menakutkan semua ibu bapa.. ader beberapa sebab kemungkinan penyakit ini berlaku..antara nya adalah penghasilan air yang berlebihan didalam otak dan berlaku penyumbatan dibahagian saluran di dalam otak.. sekiranya berlaku saluran yang tersumbat tu.. maka kepala bayi akan menjadi seperti 'belon' ..ini kerana lebihan air itu tidak mengalir dengan sempurna mengikut saluran yang sepatutnya..so bila ader lebihan air didalam otak maka..air tersebut akan memberi tekanan kepada otak yang mana akan menyebabkan tumbesaran kanak2/bayi akan terbantut.. ia juga akan menghalang segala proses yang sepatutnya dilalui oleh kanak2/ bayi tersebut..
so aQueen pendekkan citer.. utk kes prince Ryan ni.. mmg ader lebihan air didalam otak dia.. tetapi ia bukanlah penyakit hydrocephalus ni.. ia adalah disebabkan air yang memenuhi ruang lebih banyak kerana faktor saiz otak Ryan yang kecil sikit dari saiz otak bayi lain.. kemungkinan berlaku perkara ini adalah disebabkan kelahiran prince Ryan yg tak cukup bulan.. Ryan adalah premature baby yang dilahirkan pada usia 7 bulan.. so menurut doktor tak timbul masalah berlaku 'sumbat' atau 'lebihan air' dalam kepala prince Ryan..
AQueen dah dapatkan 2 pandangan dari doktor (Neuro Surgeon) yang berlainan.. 1 dari Hospital Pulau Pinang ( hospital kerajaan) dan 1 lagi dari Island Hospital ( hospital swasta) ...Alhamdulillah.. jawapan kedua2 pakar otak itu adalah sama.. apa yang diharapkan agar TIDAK berlaku sebarang kesilapan dalam jawapan kedua-dua mereka... kesimpulannya .. otak Ryan adalah NORMAL...
kepada sesiapa yang penah mengikuti kisah Ryan ni.. dan bersama2 mendoakan kesejahteraan dia.. aQueen ucapkan terima kasih.. kepada Eda..awa.. kak asz.. trex.. n ramai lagi nama yang tak tersebut.. terima kasih atas sokongan moral selama ini.... terima kasih banyak2.. wahhh.. dah mcm bagi ucapan grammy award! tanpa peminat siapa la ai!!.. wakakak..
ok so ni aQueen tunjuk sket gambar film n report MRI scan Ryan tu..
akhirkata.. Mimpi ngeri Berakhir Sudah.. alhamdulillah.. aQueen benar2 bersyukur..
11 comments:
alhamdulillah syukur....
moga moga ryan membesar ngna baik...
alhamdulillahhhh....touching lak ada nama aku...:)
semoga ryan membesar bagai johan...sihat sejahtera....aminnnn
cait..mcm terima anugerah pulak....so now..hati dah senang kan..syukur...
nogra: thx ek..sama2 kita mendoakan anak2 kita selamat dari sebarang penyakit dan bahaya...
eda:.hehe.. terharukan.. aku pun terharu.. thx a lot
awa: mmg ucapan terima anugerah la tu..hati bukan saja tenang.. lapang teruss!
alhamdulillah...hrp2 ryan sihat. utk menceriakan hg, sila la amek award kat blog aku. coz u're ryan's sunshine. hehehe...
una..thanx a lot.. satgi aku pi rompak jerk award tu ek..
alhamdulillah!
Kak amelia,
Gembiranya tau berita yg sangat2 marvelous ni. Alhamdulillah, semua ok. Lega tak terkira rasakan.
trex: alhamdulillah.. ryan kan budak sihat.. dia SUPER BABY!
ida: mmg lega sgt.. tak to nk gambar kan mcmana perasaan tu.. dh berbulan2 dok pendam.. mpk mcm hepi.. tp dalam ni.. dup dap..dup dapp..! now..sumer dh selesai.. alhamdulillah..
aslmkm, saya diana, anak saya sakinah nasuha mengalami nasib yang sama dgn ryan, dia dilahirkan pd usia kandungan 7 bulan 1 minggu, dan terkini doc cakap disyakki hydrocephalus jugak.. within this 2 weeks nak buat MRI, harap2 Allah berikan berita gembira kepada saya. aQueen dan para pembaca blog ni, mohon doakan anak saya Sakinah Nasuha bt. Shahrizal cepat sembuh.. kini dia dah 60 hari dan telah melalui pelbagai komplikasi. Terima kasih mendoakan anak saya.
ET CETERA: aQueen doakan anak Diana Sakinah Nasuha dijauhkan dan dihindarkan dr penyakit hydrocephelus.. insyallah.. sekiranya ini berlaku terima dengan tabah dugaan drNya.. pasti ada yg terbaik dijanjikan kemudian hari.. amin..
Post a Comment