Bayang- bayang Hati !

My Precious

03 May 2010

Panduan 'DIA' Kekal Lama...


Salam... wahhh..nmpak ceria ek sumer... ke mana semalam.. dah cuti 2 hari sempena ngan cuti umum semlm ni sure ramai yg amik peluang menghabiskan masa ngan anak2.. isteri...ader yg ' isteri-isteri'....ibu ayah... dan insan2 tersayang.... aQueen tak terlepas ler spend time ngan prince n princess...yelah...dah berbulan2 rasanya tak bwk derang gik jenjalan...shopping...+ window shopping...makan2... 

Kalau sumer dah spend time ngan insan2 tersayang.. aQueen n family pun spend time untuk antara  'insan yang disayangi' gak... aQueen bawak dia pergi shopping...memberi dia ruang seluasnya utk dia  menjamu mata dan membeli apa yg dia rasakan perlu.... membawa dia makan makanan  yg dia suka...heheh..agak2 sapa lah ye...???


insan yang disayangi ni...ialah... 



















PEMBANTU RUMAH aQueen..!!!

Yes..mmg dia antara insan yang disayangi.. naper dia disayangi??? boleh dikatakan dia antara orang penting dalam rumah tangga aQueen.. ( mungkin tidak pada yg tidak memerlukan khidmat pembantu rumah)... ...penggerak...dia..bukan sahaja pembantu rumah... dia jugak lah yg menjaga segala keperluan kita dirumah..  Kenapa aQueen katakan mcm tu... yelah...dia mmg berhak disayangi !!.....sepanjang kita kluar bekerja..mencari rezeki demi anak2... siapa yg bersama anak2 kita?...menjaga anak2 kita.. siapa yg menjaga..membersihkan rumah...?? hatta menjaga segala makan dan pakai kita....bukan lah tugas yang ringan untuk mejaga segala2 urusan rumahtangga di saat kita majikan perlu kluar bekerja ...

Mungkin ramai di luar sana yang rasa aQueen dah mula merepek...manakan tidak... dikala semua orang berkata mengenai pembantu2 rumah yang bermacam2 feel dan perangai yang buruk..malah sangat buruk!.. aQueen plak sibuk2 mengatakan dia yang aQueen sayang..... sebenarnya ..dia berhak disayangi setelah dia berkhidmat selama hampir 8 tahun dengan family aQueen dan akan pulang (menamatkan perkhidmatan) pada bulan 6 ini.....masakan dia tak berhak menerima kasih sayang kami sekeluarga .sedangkan dia telah 'menghambakan' diri hampir 8 tahun bersama kami... bermula di saat aQueen melahirkan anak yang sulung ( dia sampai dr Medan Indonesia pd hari aQueen melahirkan princess Nureen thn 2003)...yang kini dh  masuk yg ke 2.... prince Ryan dah berumur hampir 1 tahun kini..

Cuba kita renungkan.. sanggupkah kita..meninggalkan anak...( mungkin suami)... pengorbanan yg terpaksa kita lakukan demi mencari rezeki... bukan setakat pegi' bekursus' atau outstation selama 7 tahun... 7 hari pun belum tentu kita mampu... !!!.. kalau boleh mahu sentiasa anak dan suami bersama kita SETIAP MASA..!!!
Inikan pula.. selama berbulan2 tak melihat anak.. dan suami... hanya telefon sebagai penghubung...sanggupkah kita..????kalau aQueen....sekiranya diberi pilihan..mmg aQueen tak sanggup!!


Bohonglah aQueen... kalau aQueen katakan sepanjang dia bersama kami.. tak penah dia 'buat hal'... lumrah manusia.. tak penah lari dr membuat kesalahan.. apatah lagi kita...dan dia..selagi kita terdaya memaafkan.. apa salahnya.. beri kan ruang kemaafkan untuk dia.. aQueen penah menghalau dia dari rumah..gara2 dia bercakap bohong kerana mengikut kawan2.. tetapi...masih ader peluang utk dia berubah.. alhamdulillah.. perkara yang sama tidak berlaku lagi...Sesiapa pun takkan lari dr membuat kesalahan.. tetapi andai kata masih ader perikemanusiaan..tegurlah dia.. bentuk lah dia.. mengikut arus rentak keluarga kita... dah berpuluh2 tahun ( lebih 30 thn) prinsip ini diamalkan didalam keluarga aQueen.. semenjak dari pembantu rumah iaitu Kak Pah yang menjaga kakak sulung aQueen (selama 5 tahun).. yang menjaga aQueen iaitu Kak Jah.. (6 tahun)... yang menjaga adik aQueen iaitu Kak Mah ( 8 tahun)... setelah itu.. kami tidak lgik memerlukan khidmat pembantu kerana aQueen dan adik aQueen dah besar ....yang terakhir kini...yang menjaga.. Princess Nureen..Princess Ayuni dan Prince Ryan iaitu Kak Inong ( hampir 8 tahun hingga kini..)!!


so..apa kata.. aQueen nak berkongsi panduan bagaimana nak kekalkan diaorang KEKAL lama ngan kita..( mungkin ini dapat  membantu korang yang selalu  mempunyai masalah setiap kali mengambil pembantu rumah... panduan ini mungkin sesuai untk sebahagian sahaja... tetapi.. percayalah... selama ini.. inilah yg keluarga aQueen praktik kan sepanjang kami menggunakan khidmat pembantu rumah tanpa mengira dia dari orang tempatan mahupun negara jiran...ok..


1. Ambil pembantu yang berumur 30 tahun ke atas dan mempunyai pengalaman beranak.. atau lebih senang mempunyai anak. ~ dia dpt memahami perasaan kita sbg ibu..+ dia akan cuba menyayangi anak kita seperti anaknya..

2. Beri panggilan yg lebih manis selain dari BIBIK.. ! Bibik lebih menjurus kepada panggilan untuk pembantu.. atau hamba... apa salahnya di panggil KAKAK .. untuk anak2 boleh dipanggil Makcik...atau Chik.! Benarkan dia memanggil ibu dan ayah kita dengan panggilan IBU & AYAH ~ dia akan merasa dia adalah sebahagian dari keluarga kita...sebenarnya tak salah kita hormat pada dia yang mana lebih membuatkan dia rasa ingin menghormati kita lebih dari segalanya..

3. Jangan bezakan dia dengan kita... dia adalah manusia biasa.. tetap memerlukan kasih sayang.. sementelah jauh dari anak2..suami.. dan kaum keluarga... ~ layani lah dia sebagaimana kita melayani ahli keluarga kita..berikanlah..kasih sayang yang berpadanan...suami kita dilarang keras untuk menyayangi dia ek!!!!...hehehe..sebagai isteri...pandai2 lah mengawasi suami masing2!

4. Jangan asingkan dia ketika Makan..!!! ini penting.. kerana biasanya ketika makan atau mengadap rezeki.. adalah waktu kita yang paling hampir dengan dia.. ~ selami masalah dan isi hati dia.. mungkin ketika ini dia memerlukan kita untuk meluahkan isi hati.. mungkin tentang kerinduan ..kerisauan dia pada anak2...sekurang2 nya.. masalah dia kita hadapi bersama...

5. Beri ruang utk dia bersuara.. tetapi haruslah di DENGAR..di KAJI.. di PERHALUSI... ~ dan akhir sekali di ambil atau di beri perhatian sekiranya PERLU...!! ingat...SEKIRANYA PERLU...!!! kalau tak perlu.. just..beritahu kenapa dan mengapa kita tak patut ikut apa yang dia cakap!

6. Ajar anak2 untuk menghormati dia..sebagaimana anak2 kita perlu menghormati kita! ~  dia akan merasakan yang kita tetap hormat kan dia dan mendidik anak2 kita menghormati dia..biarpun dia hanyalah pembantu rumah..

7. Jangan letakkan GAP yg terlalu jauh dengan dia.. dan tegur kesalahan yang berlaku dengan cara yg paling berhemat..tetapi TEGAS! ~ dia sama seperti kita..tak suka kalau majikan tegur dengan kasar atau tegur dihadapan orang lain.. ~ senang cakap.. takyah la nak tunjuk depan orang yang kita ni tersangat "MAJIKAN"!!

8. Apa salahnya..sesekali kita bertanya..' arini kak nak makan apa?? jom arr..kita ubah selera ..ikut kak la ..teringin apa arini??" ..~ tak salahkan.. dalam 3 atau 4 bulan sekali..apasalahnya.. nmpk simple. tp memberi kesan tau dalam prestasi kerja dia...sebab dia akan rasa diri dihargai...

9. Sesekali bawa dia pegi shopping.. dan beri sedikit saguhati dalam bentuk wang... ini bukan dpotongan dari duit gaji.. ini mcm saguhati atas prestasi kerja dia...contoh yang aQueen buat arini ini.. tambahan hanya rrm50-rm100 untuk 5-6bulan sekali... jgn suh dia pilih apa yg dia mahu.. sebab dia akan berasa segan dan malu untuk membeli belah.. kerana merasakan takut terlebih belanja..jadi berikan wang.. dah pasti dia akan tersangat enjoy...!!! apalah sangat... dengan wang rm100 dengan pengorbanan dia menjaga rumah.. mengasuh anak.. bersekang mata bangun menjaga anak2 kita...!

10. Tawakkal kpd Allah... kerana dia hanya  manusia.. dan kita juga manussia.. andaikata berlaku yang tak diingini...sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya..dan mungkinapa yg berlaku itu adalah balasan dari perbuatan kita yang terdahulu..sapa tahu???


AQueen serah kepada korang untuk menghalusi setiap apa yang aQueen senaraikan ini... mungkin pada korang aQueen ni antara yang bernasib baik menerima pembantu yang OK  berbanding ramai lagik yg KO diluar sana.. apapun.. aQueen hanya menjalankan tanggungjawab sebagai majikan dan manusia kepada seorang manusia yang lain!.. Selebihnya kita berserah kepada yg SATU!.. Amin... 

Kepada kakak..

Terima kasih kerana menjaga.. memelihara dan melaksanakan tanggungjawab dengan baik sepanjang kakak disini..terima kasih melaksanakan segala tugasan rumah dengan sempurna.. terima kasih kerana menguruskan apa yang sepatutnya angah uruskan ... memberi kami ruang yang sangat selesa... memahami segala saat kami yang penat..letih..

Terima kasih kerana menjaga anak2 angah dan mendidik mereka seperti anak sendiri... menatang mereka bagai minyak yang penuh... melayan setiap kehendak mereka yang kadang2 tak sanggup kami penuhi dan sentiasa memastikan keselamatan mereka...

Terima kasih kerana ada disaat kami memerlukan kakak dulu... sanggup menyambung kontrak demi angah... terima kasih kerana sanggup melakukan pengorbanan yang cukup besar ertinya bagi kami... kerana kami pun belum tentu sanggup melakukan pengorbanan yang sama...

Terima kasih kerana melayan kami bagai raja... air minum menanti disaat pulang kerja... makan dihidang dikala lapar..dijaga kami dikala sakit..susah kami dibebani sama...

Maafkan kami andai ada salah kata.. tersalah laku.. terlebih bicara..kita manusia biasa.. semua nya tidak sempurna.. maafkan kami..kesilapan kakak telah kami hapuskan.. jgn diingat kisah lama... semua terah terhapus seluruhnya..

Terima kasih sekali lagi... insyallah.. panjang umur.. sambung kontrak lagi!!!...hehehe.... 

Dedikasi buat.. Kak Inong.. Juraidatul Hasfa..!







NOTA:..Sebenarnya.ada banyak lagik cara yang keluarga kami pratkikkan untuk memastikan mereka taat dan setia kepada kita... didalam tegas kita berlembut.. bila dia cuba 'lawan tokey' perlu lah segera menegur supaya dia sedar dan tidak mengulanginya...insyallah..harap korang dapat jadikan ini sebagai panduan...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...