Bayang- bayang Hati !

My Precious

24 March 2010

Al-Fatihah Buat Arwah Ain ~ Bidadari Syurga

Salam...arini aQueen tetiba emosi sebab terbaca kisah adik Ain yang mengidap penyakit jantung yang telah pulang ke rahmatullah semalam.. kisah ini diceritakan oleh Kak Asz iaitu ibu kepada Adik Ammar yang mempunyai masalah yang serupa dengan  arwah Ain... sesungguhnya apa yg dijanjikan Allah itu pasti berlaku! Dia milik Allah kini!


Bila aQueen renungkan kembali.. betapa aQueen sangat bertuah kerana bila aQueen baca kisah ibu Ain di SINI .. aQueen terharu sangat2.. sebab aQueen masih mempunyai kekuatan kerana kekuatan itu datang dari banyak pihak... aQueen masih punya suami untuk berkongsi  derita.. masih mempunyai keluarga untuk mencurah rasa.... dan masih mempunyai sahabat2 handai ( terutamanya sahabat yg sentiasa memberi dorongan disini biarpun kita TIDAK PERNAH  BERTENTANGAN MATA..!!!syukurnya..)  .....berbeza dengan ibu adik Ain yang keseorangan menjaga adik Ain hingga ke akhir hayatnya!!!.... Bayangkan lah wahai ibu2... bila ibu adik Ain yang sangat memerlukan kekuatan dari si suami yang tiada disisinya di mana saat itu dia amat memerlukan kekuatan dalam menempuh ujian itu.. !! Malangnya....Ain dan ibunya tetap menempuhi ujian itu dengan sabar dan tabah.. Bersyukurlah kita kerna kita masih dikelilingi insan tersayang saat ini...


buat Ibu Adik Ain Bidadari Syurga....Kesengsaraan akak dan Ain  kini berakhir .. bukan bererti Ain membebankan tetapi kesengsaraan Ain yang tak mampu kita lihat untuk dia tanggung!!!... ketahuilah akak...Ain adalah Penyambung Silaturrahim kepada semua ibu yang membaca kisah nya di SINI.....

Terima Kasih kak Asz kerana memberi aQueen lebih kekuatan untuk terus tabah dan terus bersyukur biarpun "Hati Ibu Mana Yang Mahu Lihat Anaknya Menderita"...  Insyallah doa kami semua mengiringi Ain hingga ke syurga....Redhakan lah Ain pulang kepada yg berhak.!!! Dia Pulang Kepada Pemiliknya... moga Roh Bidadari Syurga Aman dan Abadi Disana....!!!! Dikaulah Bidadari Syurga..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...